6.4.11

ADA DI DADA


Maafkan aku kerana lama tidak menulis di sini. Maklumlah, ini kerja percuma. Aku perlu mengisi masa dengan kerja-kerja berbayar di luar sana, hehe.

Bagi sesiapa yang mengenali diriku, rakan terdekatku, mereka sedia maklum dengan terbitnya buku sulung karyaku ini. Sekarang, aku akan senaraikan 10 SEBAB kenapa anda perlu membeli buku ini, 'Ada Di Dada'.

1. ADD ditulis, diedit dan diterbit sendiri, dengan bantuan seorang kawan, Shafiq Halim. Dengan berbekalkan modal yang dibantu oleh adik-beradik, Alhamdulilah, ia sekarang sudah tercetak sebanyak 500 naskhah (sahaja). Jadi, memilikinya membuatkan kamu adalah insan 'separa' unik.

2. Penulis prakata ADD, saudara Fathullah Luqman Yusuff dan Roslan Jomel merupakan dua sahabatku. Mereka terkenal dalam bidang kesenian masing-masing. Itu tidak dapat dinafikan. Yang seorang merupakan pelukis ekspresionis surealis/komposer lagu manakala seorang lagi penulis cerpenis fiksionis surealis tempatan. Merekalah yang selama ini memberiku inspirasi dalam menghasilkan karya ADD. Terima kasih untuk mereka.

3. Tajuk 'ADA DI DADA' adalah satu frasa yang berbentuk 'palindrome'. Sila google palindrome melalui internet atau wikipedia.

4. ADD adalah himpunan anekdot & cerpen karyaku yang selama ini 'terkubur' di dalam folder fail laptop. Kebanyakan anekdot ialah karya 'singkat' yang pernah tersiar di ruang maya Facebook, mendapat respon baik daripada para pembaca. Setelah mendapat dorongan dari kerabat terdekat agar dibukukan saja karya-karya itu, maka, aku memadam kesemuanya dari laman maya, dan memasukkan ke dalam format buku. Itulah sejarah asalnya. Jadi, kamu tak dapat lagi membaca karya-karya di laman internet. Ia sudah mengalami 'kebangkitan semula' resureksi dalam bentuk kertas, tidak seperti bentuk awal digit numerikal.

5. Dengan RM17, kamu boleh makan hidangan mewah di Pappa Rich atau White Coffee, tetapi dengan harga yang sama, kamu boleh minum kopi beserta roti canai di Kg Baru, bersama tambahan senaskhah buku ADD. Ha, tak ke cool? ADD hanya berharga RM15.

6. Buku ini mempunyai kulit depan berwarna oren (jingga). Sesiapa yang minat pasukan bolasepak Belanda, haruslah membelinya. Namun harus diingat, ADD tiada kena-mengena dengan Buku Jingga Barisan Alternatif ya?

7. Buku ini setakat sekarang masih belum memasuki mana-mana kedai buku. Jadi, harganya masih murah dan tabiat membeli terus daripada penulis dapat mengeratkan tali silatulrahim. Sikap itu adalah anjuran agama.

8. Ia bukan buku bergambar, jadi kamu tak sakit mata dengan warna-warni dan segala teori berkenaan kesenian seperti pengulangan, ruang, bentuk, warna, tekstur, perspektif dan segala. Ia adalah sekadar kertas bertaip yang memerlukan mata kamu mengeja dan otak kamu mewaham idea yang tersurat serta tersirat di dalamnya.

9. Buku ini ada kod ISBN. Jadi ia sudah tersimpan dalam arkib perpustakaan negara sebagai rujukan di masa mendatang. Itupun jika ada pustakawan secara tak sengaja tertendang buku ini di atas lantai perpustakaan.

10. Sokonglah penulis-penulis tempatan, atau penulis yang baharu berjinak nak jadi penulis. Nanti mereka gagal jadi penulis, kamu kena pula membeli burger daripada dia. Ataupun pisang goreng panas.


Sekian. Selamat membeli dan membaca ADA DI DADA.


:)



******


Untuk pembelian :

Semenanjung : RM15 + RM6 (caj Pos laju) = RM21
Sabah dan Sarawak : RM15 + RM9 (caj Pos laju) = RM24

ke akaun isteri saya

MAYBANK
Ida Rahayu Mt Radzi

: 164221394910 :


Sila simpan resit dan hubungi saya selepas memasukkan wang.
SMS ke 012-936.7296 (Anak Bumi @ Pa'eh).

Kemudian, hantar salinan pembayaran/resit deposit ke : mfarez80@gmail.com

ATAU, hantarkan pembayaran dalam bentuk money/postal order ke alamat saya:

Mohamad Farez bin Abdul Karim
18-B, Jalan Raja Muda Musa
50300 Kg Baru,
Kuala Lumpur.

8 komen jujur:

Kakzakie berkata...

Kalau dapat free kan ke bagus. Buatlah GA hadiahnya buku ini. Hahaha.... mesti kakak enter.

catherine- berkata...

baru tgk dlm belog uncle gedek.

will sms u later. :)

tq~

MEGAT KHAIRULIZWAN berkata...

buat la free untuk 10 orang pertama, baru rancak. haha

Anak Bumi berkata...

kakzakie,
GA tu apa? saya tengah blur ni..

catherine,
tq vm.. :P

megat,
nanti 10 terakhir baru buat free, amacam? haha

Tanpa Nama berkata...

makcik nak celupar.. yg nak free tulis sendiri buleh? ( ada kena baling ngan selipar pasni... sori.. haha..)

Ladynoe™ berkata...

Dah baca. Terbaik.

fiq berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Anak Bumi berkata...

makcik tak celupar, makcik cuma lapar, hehe.

ladynoe, terima kasih, tunggu buku puisi saya pula. tunggguuuu....


:)