
Entahlah, malas nak tulis. Sebab sesebuah tulisan itu adalah luahan perasaan dan juga idea yang tersimpan semat dalam hati yang diam. Apabila ianya dikongsi, maka aku telah bersetuju maklum untuk menerima kamu ke alam khayal dan akal firasatku. Setelah itu, jika kamu gembira dan berlapang dada dengan segala projeksi diriku dalam bentuk idea yang telah terangkum menjadi satu ideologi bersifat, maka kamu akan setia menemaniku dan santun membaca segala tulisanku hingga aku mati. Namun, berbeza pula sekiranya akalmu tidak sedikit pun selaras bergerak pada landasan waham dan fahamku. Jika demikian berlaku, maka kedahsyatan tombak syaitan yang direjam itu akan menghunjam ke liang nafsumu, ia lantas berkobar-kobar, kemudian kamu terus membenciku padahal akulah saudaramu dari bapa kita, Adam.
Wallahualam.
Selamat menyambut Ramadhan yang mulia, kurangkan kontroversi, tingkatkan prestasi, bak kata pengacara Melodi. huh!
*Selalunya di bulan puasa kita akan dihidang dengan gambar buah kurma, di atas ialah pokok kurma supaya kita tahu dari mana datangnya kurma, kemudian kita pun sedar dari mana datangnya kita. Ye tak?
3 komen jujur:
pergh.. lama tak update ni. zaman malas melanda semua
aku juga dah lama tak update blog...
salam aidilfitri untuk kau dan isteri. maaf zahir batin.
ramadhan bulan ber'meditasi', hehe
Catat Ulasan